Wednesday, 14 November 2012

Wanita yang Dimuliakan Allah


1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, wanita yang tabah, punca semangat Rasulullah, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Wanita pertama memasuki syurga. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Ulama Wanita pertama. Banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Wanita yang tabah dan cekal. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri, sentiasa beribadat kepada Allah, wanita yang suci dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya, sanggup berkorban demi agama, membela orang yang tidak bersalah dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah dan mempunyai keturunan yang mulia. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8 ) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.(istri mithali sepanjang zaman)
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
Semoga kita mencontohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran untuk mendidik isteri dan anak-anak perempuan kita. Jangan hanya nampak ‘Siti Nurhaliza’ sahaja sebagai ‘role model’ untuk anak-anak kita
'Siti' yang manakah anda?? Dimanakah kita di sisi mereka.. Adakah kita mampu menjadi seperti mereka? YA !! Kita sememangnya mampu kerana Allah telah membuka peluang kepada kita seluas-luasnya.

Petua Imam As-Syafie



Petua Imam Syafie

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

*Ulama adalah SAINTIS TERKEMUKA DUNIA yang lebih hebat daripada Albert Eintain, Charles Darwis, Stephen Hawking dan lain-lain. Kerana ketika meraka menghurai sesuatu, mereka telah melihat sesuatu yang manusia biasa tidak dapat melihat. Mereka melihat lebih kehadapan dan Allah telah memberi petunjuk kepada mereka.

Saat Sakaratul Maut







Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, mulai dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hingga ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. 
Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Hadith Rasulullah S.A.W. menerangkan:
"Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari tipuan syaitan diwaktu sakaratul maut. "

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan berbagai rupa aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan haloba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barang-barang Iblis itu, pada waktu itu nyawanya putus dari tubuh. 
Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular yang berbisa. Yang apabila orang yang sedang sakaratul maut itu memandang ke binatang itu, maka dia pun menjerit dan melompat sekuat hati. 
Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang kesayangannya. 
Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. 
Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperti ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan penuh kasih 
"Wahai anakku inilah saja makanan dan bekal yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga. "

Maka dia pun sudi mengikut tawaran itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulama'-ulama' yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lama sudah kami menunggu akan dikau, ternyata kamu sedang sakit di sini, kerana itu kami bawakan kepada kamu doktor dan ubat untukmu. " Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang lagi.

Lalu datang pula Iblis yang menyerupai ulama' dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu. "

Berkata ulama' Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama' yang tinggi dan hebat, baru saja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami. "
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis untuk tujuan menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut). 
Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama' palsu:
"Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.

Lalu berkata ulama' palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. "
Ketika tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah. "
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai enam sisi, iaitu benda besar ini ada kiri dan kanannya, mempunyai atas dan bawah, mempunyai depan dan belakang.

Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini. "

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan sebab dari menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad S.A.W bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 barisan). Satu barisan/golongan yang benar iaitu ahli sunnah waljamaah, 72 yang lain masuk ke neraka karena sesat.

Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlainan di dalam waktu manusia sakaratul maut. 
Oleh kerana itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Disebutkan dalam sebuah hadith yang artinya: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.

*Oleh yang demikian, kita yang hidup disuruh mengajar kalimah Syahadah kepada orang yang sedang menghadapi sakarat kerana ketika itu dia diuji dengan sangat hebat...hanya amalan di dunia sahaja yang menjadi penentu samada dia melepasi atau tidak ujian terakhir dari iblis.

Jangan Rapuh ketika Diuji


                                  
Imam Syafie – Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki- Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali- Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri- Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair- Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami- Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri- Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi- Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman

*wahai hati,sabarlah ketika dirimu diuji, ketika jasadmu sedang perjuangkan agama...tidak hairanlah jika kamu dibenci, dipandang hina, diumpat kerana ULAMA2 dan WALI2 juga diuji bahkan lebih dasyat lagi..dimanakah iman mu sekiranya kamu ingin berputus asa hanya dengan sedikit ujian dari Allah azza wa jalla..

Tuesday, 27 December 2011

Dosa Manusia vs Keampunan Allah


Setiap orang pasti melakukan kesilapan dan dosa, kerana di dalam dunia ini tidak ada hamba yang sempurna. Tetapi kekadang, apabila kita melakukan dosa besar, kita fikir kita tidak layak untuk berdoa kepada Allah dan takut untuk bertaubat kerana khuatir dosa kita tidak diampuni. Dan sangkaan ini lah yang menyebabkan manusia semakin jauh daripada hidayah Allah. Tetapi ingatlah Allah tidak jadikan manusia sebagai penghuni neraka tetapi Allah jadikan manusia untuk memasuki syurga Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Allah sentiasa bersedia mengampuni dosa-dosa hamba-Nya.

Jom kita sama-sama baca kisah menarik di zaman Rasulullah s.a.w . . .

Suatu hari, Umar al-Khattab masuk ke rumah Nabi s.a.w sambil membawa seorang pemuda yang sedang menangis, maka Rasulullah s.a.w bertanya: "Hai Umar! Mengapa pemuda itu menangis?"
Jawab Umar: "Di muka pintu itu ada seorang pemuda yang melakukan sesuatu yang mungkar lantas aku memarahinya, oleh kerana itu dia menangis."

Rasulullah menyuruh membawa masuk pemuda itu. Setelah pemuda itu masuk dan duduk, lalu Nabi s.a.w bertanya: "Hai pemuda! Apakah yang menyebabkan kamu menangis?"

Pemuda: "Wahai Utusan Allah! Saya menangis kerana dosa-dosaku yang banyak, saya takut kepada Tuhan yang maha Perkasa murka kepadaku."


Nabi: "Apakah engkau memsyirikkan Allah?"
Pemuda: "Tidak ya Rasulullah."


Nabi: "Apakah kamu membunuh manusia tanpa hak?"
Pemuda: "Tidak ya Rasulullah."

Nabi: "Allah mengampunkan dosamu walau sebesar langit, bumi dan bukit."
Pemuda: "Ya Rasulullah, dosaku lebih besar daripada langit, bumi dan bukit."


Nabi: "Apakah dosamu lebih besar daripada AL-KURSI Allah?"
Pemuda: "Dosaku lebih besar."

Nabi: "Adakah dosamu lebih besar sehingga keluar dari garis kemaafan Allah?"
Pemuda: "Kemaafan Allah lebih besar"


Nabi: "Sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampunkan dosa besar, kecuali Allah yang Maha Besar, Maha Besar Kemaafan dan Keampunan-Nya. Hai pemuda, beritahu kepadaku apakah dosamu?"
Pemuda: "Saya malu kepadamu, ya Rasulullah."


Nabi: "Apakah dosamu yang sesungguhnya?"
Pemuda: "Saya tukang gali kubur sejak tujuh tahun yang lalu, pada suatu hari sya menggali kubur seorang gadis Ansar. Setelah saya buka kafannya bengkit nafsu syahwat(kerana kecantikan dan masih anak dara), lantas saya merogolnya sehingga puas, setelah itu saya biarkan dia dalam keadaan telanjang(di atas tanah)."

Tetapi setelah itu saya mendengar suara: "Celaka kamu! Hai pemuda, tidakkah kamu malu kepada Allah yang akan membalas perbuatan kamu kelak? Apabila masanya setiap orang zalim akan dituntut oleh orang yang dianiayainya. Kau biarkan aku dalam keadaan telanjang dan engkau hadapkan aku di hadapan Allah dalam keadaan junub."

Setelah mendengar keterangan pemuda itu, Nabi s.a.w bangkit dalam keadaan marah sambil berkata:
"Hai orang fasik! Alangkah layaknya engkau masuk neraka, keluar!"

Pemuda itu pun keluar dalam keadaan teramat sedih dan bertaubat kepada Allah selama 40 hari. Dan pada malam ke 40 ia melihat ke langit sambil berdoa:


"Ya Tuhan Nabi Muhammad, Nabi Adam dan ibu Hawa.. Jika engkau telah mengampunkan dosaku, maka beritahulah kepada Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabatnya. Jika engkau tidak terima, kirimlah api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini. Selamatkanlah aku dari seksaan akhirat."

Maka turunlah ketua malaikat yang merupakan sahabat Nabi(Jibrail) kepada Rasulullah s.a.w. Sesudah memberi salam, Jibrail berkata: "Ya Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu."
Nabi: "Dia lah as-Salam dan daripada-Nya keselamatan."



Jibrail: "Allah bertanya kepadamu, apakah engkau menjadikan makhluk?"
Nabi: " Allah memjadikan ku dan semua makhluk."


Jibrail: "Allah menanyakan, apakah engkau yang memberikan rezeki kepada mereka?"
Nabi: "Allah yang memberikan rezeki kepadaku dan kepada mereka."

Jibrail: "Allah bertanya lagi, apakah engkau yang memberikan ampunan kepada mereka?"
Nabi: "Allah berfiman: Maafkan hamba-Ku kerana Aku telahpun mengampuninya."

Nabi s.a.w segera menemui pemuda itu dan memberitahu berita gembira bahawa Allah telah mengampuni dan memaafkannya.