Semua orang ada perasaan cinta bahkan akan apabila seseorang itu tidak mempunyai perasaan cinta,dia boleh diaggap tidak normal.Kerana itu cinta disebut sebagai FITRAH.Cinta itu terbahagi kepada tiga:
1)Cinta Agung-Cinta kepada Allah
2)Cinta tengah-Cinta yang disandarkan kepada Allah
3)Cinta bawahan-Cinta atas kehendak hawa nafsu
Jadi di manakah kita letakkan cinta kita yang merupakan hadiah daripada Allah.Cinta yang Allah hadiahkan kepada hamba-Nya untuk kembali mencintai-Nya dan saling bercinta kerana Allah.Walaupun begitu, cinta remaja zaman sekarang yang dizahirkan dengan budaya COUPLE lebih membawa kepada kesan negatif. Apabila mereka ditanya mengapa couple,pasti mereka menjawab, 'Saja suka-suka' , 'Nak isi masa lapang' , 'Baru semangat nak pergi sekolah' , 'saya perlukan teman untuk luahkan masalah' dan pelbagai lagi jawapan yang tidak rasional.
Soalannya, adakah cara bercinta sebegini di redhai Allah? Atau cinta yang sebegini adalah hanya seperti haiwan?Al-Farabi pernah berkata:
"Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan nafsu semata,sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Allah untuk HAIWAN"
dan firman Allah taala kepada manusia yang tidak mahu menggunakan nikmat Allah ke arah keimanan:
"mereka itu seperti haiwan ternakan,bahkan lebih lagi"(al-'Araf 179)
Salahkah untuk bercinta??
Sebenarnya bukan bercinta yang salah tetapi cara kita menyalurkan cinta yang salah.Bercinta zaman sekarang lebih sinonim dengan budaya couple. Ketika bercouple, pelbagai maksiat yang bakal dilakukan kerana budaya couple lebih terkenal dengan Kem Tambah Dosa(KTD).Apabila hal ini terjadi, fitrah menjadi fitnah dan nikmat menjadi azab.
Nak bercinta boleh??
Untuk bercinta, kita mesti berperaturan. Mengapa cinta berperlu peraturan? Jawabnya kerana Allah cinta kepada hamba-Nya.Allah ingin menyelamatkan hamba-Nya daripada 'cinta terlarang' iaitu cinta yang penuh dengan maksiat dan kemurkaan Allah.Cinta yang suci perlu dipelihara dan dilindungi supaya dapat dibawa bertemu Illahi.Ketika itu fitrah akan menjadi anugerah.
Ketika bercinta, cinta itu mestilah disandarkan kepada Allah, iaitu niat untuk mendirikan masjid dan mengharapkan keredaan-Nya.Dan apabila cinta kita disandarkan kepada Allah, maka segala hukum Allah kita tidak langgar walau apa pun alasannya.Setiap remaja pasti mengeluh, "Cinta apa namanya tanpa DATING, BERBUAL, SURAT CINTA, SMS ROMANTIK, SENTUHAN, dan SENYUMAN."
Ya, itulah keluhan remaja kita.Tetapi itulah peraturannya supaya manusia tidak terjatuh ke lembah maksiat. Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar peratutan Allah.Ingatlah firman Allah:
"Sesungguhnya hawa nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan"(Yusuf: 53)
Cinta vs CINTA
Cintailah kepada yang mencintai.Mengadulah pada yang sayang, merajuklah pada kasih.Siapakah itu?? Jawabnya Allah.Mengapa kita mengabaikan CINTA Allah?Sedangkan cinta Allah pasti tidak mengecewakan.Dalam hadis Qudsi,Allah berfirman:
"Jika kamu datang kepada-Ku berjalan, nescaya Aku datang kepadamu berlari.Jika kamu datang kepada-Ku selangkah, Aku akan datang menghampirimu seribu langkah."
Apabila kita benar-benar cinta kepada Allah, Allah akan membalasnya dengan perkara yang tidak terhingga. Tidak perlu mencari cinta manusia kerana setelah manusia mencintai Allah, Allah akan temukan jodoh yang terbaik untuknya.
"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Manakala lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"(an-Nur 26)
Tetapi adakah kita benar-benar mencintai Allah selagi kita mencintai orang lain lebih daripada cinta kita kepada Allah. Oleh itu, sebaiknya jauhilah budaya couple walaupun ada beberapa golongan manusia yang mendakwa mereka Islamic Couple.Mungkin mereka tidak dating, sentuh-sentuh tangan, berbual dalam telefon, atau bermain mata tetapi adakah mereka tidak bermesej dan tidak berzina hati(merindui kekasih).Ketika rindu mula berbisik, hati mula tersempit, nafsu mula menjerit. Ketika itu zina-zina kecil mudah dilakukan dan akhirnya membawa kepada zina besar.
Amat jelas bahawa couple lebih mendorong kepada maksiat.Jauhilah couple kerana pasti Allah akan menggantikan yang lebih baik.Yakinlah dengan janji Allah kerana bermulanya iman dengan yakin kepada Allah.Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram(kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal."
Konsep islam bukanlah menghalang tetapi memberi alternatif lain yang membawa kebaikan. Bercintalah setelah kahwin kerana di situ anda akan temui cinta yang sebenar.
Di saat Allah haramkan couple tetapi Allah halalkan bertunang,
Di saat Allah haramkan zina tetapi Allah halalkan berkahwin,
Di saat Allah haramkan riba tetapi Allah halalkan jual beli,
Di saat Allah haramkan arak tetapi Allah halalkan minuman lain.
Di saat Allah haramkan riba tetapi Allah halalkan jual beli,
Di saat Allah haramkan arak tetapi Allah halalkan minuman lain.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment