Friday, 16 December 2011

Temui Jalan Keluar Dari Masalah


Masalah . . . Kita selalunya lupa datangnya masalah adalah dengan izin Allah,sehingga apabila datangnya masalah kita sering menyalahkan orang sekeliling. Sebenarnya apabila masalah itu datang dari manusia,seharusnya kita fikir yang mengizinkan manusia buat masalah itu adalah Allah. Allah tidak melakukan perkara sia-sia melainkan masalah itu ada hikmahnya. Terdapat beberapa hikmah yang perlu diambil oleh kita semua.

1)Untuk mengampunkan dosa hamba-Nya
2)Menyedarkan kesalahan hamba-Nya
3)Menambah pahala
4)Meningkatkan iman dan darjat
5)Memantangkan fikiran dll

Sebenarnya masalah adalah pengindah kehidupan. Apabila masalah menimpa, berfikir positiflah.Think out of the box. Sekiranya kita terus menerus berfikir perkara negatif, kita akan semakin beban dengan masalah kita. Ingatlah ketika kita menghadapi masalah,kita mesti kuat.Kerana Rasulullah s.a.w bersabda dari Abu Hurairah:

"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah."

Tengok, Allah mencintai hamba yang  kuat menghadapi ujian-Nya.Kerana setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya.Sebenarnya ujian Allah adalah cara Allah berkomunikasi dengan kita.Kerana ketika itu Allah sedang berbicara mengenai SABAR, TAQWA, TAWAKAL DLL.Cuma kekadang kita buta, bukan kerana mata yang buta tetapi hati yang buta melihat maksud Allah dari setiap sesuatu yang berlaku. Allah tidak menjadikan sesuatu itu melainkan ada manfaat daripadanya. Nabi s.a.w bersabda:

"Dan dalam setiap sesuatu pasti ada baiknya.Bersemangatlah mencari hal yang bermanfaat bagimu, mohonlah perlindungan kepada Allah, dan janganlah mudah menyerah"

Ujian atau masalah yang Allah berikan adalah untuk menguji hamba-Nya yang ketika menghadapi masalah adakah mereka mencari Allah,mengadu kepada Allah,memohon kepada Allah. Tetapi manusia zaman kini apabila ada masalah,mereka mencari kekasih, mengadu kepada ibu bapa tetapi lupa kepada Allah.Lihatlah Kekasih Allah s.a.w bersabda:

"Jika terjadi sesuatu kepadamu jangan kau katakan, 'Kalaulah aku melakukan begini, mesti akan jadi begini.'Tetapi katakanlah, 'Allah telah menentukan sesuatu, dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan berlaku."

Janganlah kita terasa berat menanggung masalah kerana masalah atau bebanan yang ditanggung para sahabat pada zaman permulaan Islam lebih dasyat dan berat.Sepatutnya kita gembira apabila masalah menimpa,kerana itu peluang kita menambah pahala.Ramai orang-orang bukan Islam yang kita lihat mereka hidup bahagia,mewah dan tenang tanpa masalah.Tetapi ingat satu nasihat indah, Dunia adalah penjara bagi orang Islam dan syurga bagi orang kafir.

Ketika kita menghadapi masalah, ingatlah kalimah cinta daripada Allah:

"Apakah manusia fikir bahawa mereka akan dibiarkan saja mengakui dirinya beriman sedang mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta"(al-Ankabut 2-3)

"Allah tidak membebani sesuatu kaum kecuali sesuai dengan kemampuannya"(al-Baqarah 286)

Sabarlah menghadapi ujian kerana kesabaran rahsia kejayaan dakwah para nabi.Setelah ujian dan masalah menimpa,pasti ada Allah berikan hadiahnya kepada kita samada dalam bentuk rezeki di dunia mahupun nikmat di akhirat.

"...dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'un(sesungguhnya kami hanya milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali).Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."(al-Baqarah 155-157)

Merenung Sejenak...!


Saat anda menangis sambil berkata: "Mengapa Allah bebankan aku seperti ini??"

Katakan kepada diri anda: "Kerana Allah Maha Tahu bahawa kamu akan tumbuh menjadi orang yang lebih kuat menghadapi ujian."

Saat anda mengeluh sambil berkata: "Mengapa masalah tidak henti-henti menimpa aku???"

Katakan kepada diri anda: "Kerana Allah mendidik ku dengan cara ini. Bertahanlah! dan tunggu saat datangnya pertolongan Allah"

No comments:

Post a Comment