Friday, 16 December 2011

Hukum Melabuhkan Pakaian (Isbal)


Umat Islam Zaman amat gemar bergabuh dan berbahas perkara yg telah lama diselesaikan para ulama terdahulu.Di sini saya meletakkan sedikit mengenai hukum melabuhkan pakaian bagi lelaki kerana bagi perempuan adalah wajib untuk menutup kaki kerana kaki adalah aurat tetapi dengan syarat jangan terlalu labuh.Terdapat beberapa hukum mengenai melabuhkan pakaian,antaranya :

Sunat sampai ke paras separuh kaki.

Daripada Ibnu Umar ra. katanya: "Aku melintasi Rasulullah s.a.w dan kainku sedikit labuh,lalu baginda menegur, "Wahai Abdullah,angkat kainmu itu,"Akupun mengkatnya,bahkan sentiasalah kamu memeliharanya selepas daripada itu.Sebahagian bertanya: "Sampai di paras mana?Jawabnya: "Di paras separuh lutut(di tengah2 antara lutut dan buku lali)." (Muslim)

Hukum ini meliputi semua jenis pakaian bawah iaitu seluar,jubah dan kain pelikat.

Harus sampai ke paras buku lali.

Ini disebabkan tidak ada nas yang melarang pada had ini.Begitu juga sekiranya dilabuhkan sekiranya dibawah buku lali atas sebab yang dibenarkan syara' seperti uniform polis atau keperluan lain.

Perbuatan yang haram.
Iaitu dilabuhkan sehingga ke bawah buku lali dengan membanggakan diri.Kerana hal seperti ini pernah wujud pada zaman jahiliyyah di mana Raja-raja dan ketua-ketua kabilah sindrom melabuhkan pakaian untuk membanggakan diri dan takabbur.Kebanyakkan mereka melabuhkan sehingga meleret ke tanah,Ada kalanya mereka menyuruh hamba-hamba mereka untuk mengikut belakang mereka untuk mengkat kain.
Tegahan ini berdasarkan dalil Rasulullah pernah bersabda:
"Sesiapa melabuhkan pakaiannya kerana berbangga-bangga.nescaya Allah tidak akan memandangnya pada hari Qiamat" (Bukhari dan Muslim)

Perbuatan yang makruh.

Iaitu pakaian labuh melepasi buku lali tanpa niat takabbur kerana Saidina Abu Bakar As-Siddiq tatkala beliau mendengar hadith Rasulullah yang baru tadi, beliau bertanya: "Ya Rasulullah,sungguh di antara bucu kainku melabuh tetapi ia bukanlah disengajakan.Baginda menjawab: "Kamu tidak termasuk di kalangan yang melabuhkankan dalam keadaan takabbur." Dalam riwayat lain: "kamu tidak termasuk daripada kalangan mereka".

No comments:

Post a Comment