Iblis akan sentiasa
mengganggu manusia, mulai dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hingga ke akhir hayat mereka,
dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul
maut.
Iblis mengganggu manusia
sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah S.A.W.
menerangkan:
"Ya Allah aku
berlindung kepada Engkau dari tipuan syaitan diwaktu sakaratul maut. "
Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan
berbagai rupa aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan
minuman yang lazat-lazat. disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya
sangat tamak dan haloba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan
disentuhnya barang-barang Iblis itu, pada waktu itu nyawanya putus dari
tubuh.
Inilah yang dikatakan mati
yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke
nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada
orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang
di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular yang berbisa. Yang apabila orang yang
sedang sakaratul maut itu memandang ke binatang itu, maka dia pun menjerit dan
melompat sekuat hati.
Maka seketika itu juga
akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati
lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik
dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Akan datang Iblis mengacau
dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai
binatang kesayangannya.
Apabila tangan orang yang
hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah
meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan
lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah
tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Iblis
merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati,
seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut
itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang
dibencinya itu.
Maka sewaktu itulah maut
pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah
tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Iblis
merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperti ayah
ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam
sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun
menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si
ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan penuh kasih
"Wahai anakku inilah
saja makanan dan bekal yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau
akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi
bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga. "
Maka dia pun sudi mengikut
tawaran itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai
maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal di dalam neraka dan terhapuslah
semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Iblis
merupakan dirinya sebagai ulama'-ulama' yang membawa banyak kitab-kitab, lalu
berkata ia: "Wahai muridku, lama sudah kami menunggu akan dikau, ternyata
kamu sedang sakit di sini, kerana itu kami bawakan kepada kamu doktor dan ubat untukmu.
" Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian
penyakit itu datang lagi.
Lalu datang pula Iblis
yang menyerupai ulama' dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu
untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu
bagaimana hakikat Allah?"
Berkata orang yang sedang
dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu. "
Berkata ulama' Iblis:
"Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama' yang tinggi dan hebat, baru
saja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah
kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui
Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami. "
Ketika itu orang yang
dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya
sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang
dibentangkan oleh Iblis untuk tujuan menggoda orang yang sedang dalam sakaratul
maut).
Kemudian orang yang sedang
dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama' palsu:
"Bagaimanakah Zat
Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulama' palsu:
"Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. "
Ketika tirai dibuka
selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam
sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah
lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Iblis:
"Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah. "
Berkata orang yang dalam
sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar,
tetapi benda ini mempunyai enam sisi, iaitu benda besar ini ada kiri dan
kanannya, mempunyai atas dan bawah, mempunyai depan dan belakang.
Sedangkan Zat Allah tidak
menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi
sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang
yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini. "
Dalam keraguan itu maka
Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di
dalam keadaan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan
baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Iblis yang
ketujuh ini terdiri dari 72 barisan sebab dari menjadi 72 barisan ialah kerana
dia menepati Iktikad Muhammad S.A.W bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73
barisan). Satu barisan/golongan yang benar iaitu ahli sunnah waljamaah, 72 yang
lain masuk ke neraka karena sesat.
Ketahuilah bahawa Iblis
itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu
berlainan di dalam waktu manusia sakaratul maut.
Oleh kerana itu hendaklah
kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa
Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan
yang akan berusaha bersungguh-sungguh menggoda orang yang sedang dalam
sakaratul maut.
Disebutkan dalam sebuah
hadith yang artinya: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada
orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.
*Oleh yang demikian, kita yang hidup disuruh mengajar kalimah Syahadah kepada orang yang sedang menghadapi sakarat kerana ketika itu dia diuji dengan sangat hebat...hanya amalan di dunia sahaja yang menjadi penentu samada dia melepasi atau tidak ujian terakhir dari iblis.
No comments:
Post a Comment