Imam Syafie – Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah
dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.
Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum
racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan
dasar-dasar pemerintah.
Imam Maliki- Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya
oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan
kehendak pemerintah.
Imam Hambali- Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga
hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan
kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.
Sufyan Ath-Thauri- Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa
bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi
sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan
menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.
Said bin Jubair- Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana
didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk
menjatuhkan pemerintah.
Abu Yazid Al Bustami- Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah.
Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum
pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.
Abul Husin An Nuri- Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan
hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan
minuman arak berleluasa dalam negara.
Imam Nawawi- Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah
kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang
wali Allah yang terkenal sepanjang zaman
*wahai
hati,sabarlah ketika dirimu diuji, ketika jasadmu sedang perjuangkan
agama...tidak hairanlah jika kamu dibenci, dipandang hina, diumpat
kerana ULAMA2 dan WALI2 juga diuji bahkan lebih dasyat lagi..dimanakah
iman mu sekiranya kamu ingin berputus asa hanya dengan sedikit ujian
dari Allah azza wa jalla..
No comments:
Post a Comment