Thursday, 15 December 2011

Iblis Bertaubat ? ? ?


Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa sesungguhnya Iblis telah datang berjumpa dengan Nabi Musa as dengan berkata: “Wahai Musa, engkau adalah seorang yang telah diutus oleh Allah swt dan Dia telah berkata-kata dengan mu secara langsung.”

            Kemudian Nabi Musa as berkata: “Memang benar apa yang kamu kata, kamu ini siapa dan apa yang kamu mahu dariku?”.

            Lalu berkata Iblis: “Aku adalah Iblis! Wahai Musa aku mahu kamu tolong katakan kepada Tuhanmu bahawa seorang makhlukNya ingin minta taubat kepadaNya.” Lalu Nabi Musa as berdoa kepada Allah swt dan menyampaikan apa yang diucap oleh Iblis, kemudian Allah swt pun menurunkan wahyu yang bermaksud: “Wahai Musa, katakan padanya bahawa sesungguhnya Aku berkenan menerima permohonannya itu dengan syarat mestilah terlebih dahulu dia (Iblis) sujud di kubur Adam, kalau dia mahu sujud maka aku sedia mengampuni segala dosanya.”

            Setelah Nabi Musa as menerima wahyu dari Allah swt maka Nabi Musa as pun terus memberitahu Iblis tentang apa yang telah Allah swt perintahkan.
       
            Sebaik sahaja selesai Nabi Musa as memberitahu segala perintah Allah swt maka dengan sombong dan bongkak Iblis berkata: “Wahai Musa, aku tidak sujud pada Adam ketika ia hidup di syurga, bagaimana aku hendak sujud padanya sesudah dia mati.”

            Begitulah sifat sombong Iblis yang tetap dengan kedegilannya, walaupun dia tahu bahawa api neraka itu akan memakannya tapi dia tetap tidak mahu beriman pada Allah swt.



            Di kisahkan bahawa di akhirat nanti seksaan yang dikenakan ke atas Iblis adalah sangat berat. Dikatakan kepadanya: “Bagaimana kamu rasa akan seksaan Allah?.” Maka berkata Iblis: “Seberat seksaan yang ada.” Kemudian dikatakan lagi kepadanya: “Wahai Iblis, sesungguhnya Nabi Adam berada di dalam taman-taman syurga, sujudlah kamu kepada dia dan ajukan uzur sehingga kamu diampuni.”

            Tetapi Iblis tetap menolak dan dikenakan seksa yang bertambah dahsyat lagi keatasnya dengan 70,000 kali ganda penghuni neraka.

            Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa sesungguhnya Allah swt mengeluarkan Iblis dari neraka setiap 1,000 tahun sekali, dan mengeluarkan Adam as. Disebabkan sikap angkuhnya dia tetap enggan sujud, maka dikembalikan Iblis ke dalam neraka.

            Dikisahkan lagi apabila tiba hari kiamat maka akan diletakkan kerusi dari api neraka dan duduklah Iblis di atasnya. Syaitan-syaitan dan orang kafir berkumpul disampingnya. Dan dia bersuara seperti suara keldai dan berkata: “Wahai ahli neraka, bagaimana kamu rasakan hari ini terhadap apa yang dijanjikan oleh Tuhanmu.” Lalu berkata mereka: “Sesungguhnya telah nyata benar.” Dan berkata Iblis lagi: “Hari ini adalah hari yang mana aku telah putus asa dari rahmat.”

            Kemudian Allah swt memerintahkan para malaikatnya memukul Iblis dan para pengikutnya dengan beberapa cambuk dari neraka, lalu mereka terjun ke dalam neraka itu selama 40 tahun dan mereka tidak mendengar lagi perintah untuk keluar buat selama-lamanya.



            Dikisahkan lagi bahawa di hari kiamat nanti akan diperintahkan Iblis duduk di atas kerusi dari api dan pada lehernya dikalungkan kalung Laknat. Kemudian Allah swt memerintahkan malaikat penjaga neraka menarik Iblis itu dari kerusi dan melemparnya ke dalam neraka. Maka kesemua malaikat-malaikat penjaga berusaha untuk melemparkannya ke dalam neraka namun tidak berjaya.

            Kemudian Allah swt memerintahkan Jibrail as bersama 80,000 malaikat untuk mengangkat Iblis itu untuk dilempar ke dalam neraka, maka mereka juga gagal berbuat demikian. Lalu Allah swt memerintahkan malaikat Israfil dan Izrail bersama 80,000 malaikat melemparkan Iblis ke dalam neraka, maka mereka juga gagal berbuat demikian.

            Allah swt berfirman yang bermaksud: “Sekiranya berlipat kali ganda malaikat yang Aku ciptakan itu berkumpul, sudah tentu tidak akan boleh mereka melakukan selagi kalung Laknat itu masih di lehar Iblis itu.”

No comments:

Post a Comment