Setiap orang pasti melakukan kesilapan dan dosa, kerana di dalam dunia ini tidak ada hamba yang sempurna. Tetapi kekadang, apabila kita melakukan dosa besar, kita fikir kita tidak layak untuk berdoa kepada Allah dan takut untuk bertaubat kerana khuatir dosa kita tidak diampuni. Dan sangkaan ini lah yang menyebabkan manusia semakin jauh daripada hidayah Allah. Tetapi ingatlah Allah tidak jadikan manusia sebagai penghuni neraka tetapi Allah jadikan manusia untuk memasuki syurga Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Allah sentiasa bersedia mengampuni dosa-dosa hamba-Nya.
Suatu hari, Umar al-Khattab masuk ke rumah Nabi s.a.w sambil membawa seorang pemuda yang sedang menangis, maka Rasulullah s.a.w bertanya: "Hai Umar! Mengapa pemuda itu menangis?"
Jawab Umar: "Di muka pintu itu ada seorang pemuda yang melakukan sesuatu yang mungkar lantas aku memarahinya, oleh kerana itu dia menangis."
Rasulullah menyuruh membawa masuk pemuda itu. Setelah pemuda itu masuk dan duduk, lalu Nabi s.a.w bertanya: "Hai pemuda! Apakah yang menyebabkan kamu menangis?"
Pemuda: "Wahai Utusan Allah! Saya menangis kerana dosa-dosaku yang banyak, saya takut kepada Tuhan yang maha Perkasa murka kepadaku."
Nabi: "Apakah engkau memsyirikkan Allah?"
Pemuda: "Tidak ya Rasulullah."
Nabi: "Apakah kamu membunuh manusia tanpa hak?"
Pemuda: "Tidak ya Rasulullah."
Nabi: "Allah mengampunkan dosamu walau sebesar langit, bumi dan bukit."
Pemuda: "Ya Rasulullah, dosaku lebih besar daripada langit, bumi dan bukit."
Nabi: "Apakah dosamu lebih besar daripada AL-KURSI Allah?"
Pemuda: "Dosaku lebih besar."
Nabi: "Adakah dosamu lebih besar sehingga keluar dari garis kemaafan Allah?"
Pemuda: "Kemaafan Allah lebih besar"
Nabi: "Sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampunkan dosa besar, kecuali Allah yang Maha Besar, Maha Besar Kemaafan dan Keampunan-Nya. Hai pemuda, beritahu kepadaku apakah dosamu?"
Pemuda: "Saya malu kepadamu, ya Rasulullah."
Nabi: "Apakah dosamu yang sesungguhnya?"
Pemuda: "Saya tukang gali kubur sejak tujuh tahun yang lalu, pada suatu hari sya menggali kubur seorang gadis Ansar. Setelah saya buka kafannya bengkit nafsu syahwat(kerana kecantikan dan masih anak dara), lantas saya merogolnya sehingga puas, setelah itu saya biarkan dia dalam keadaan telanjang(di atas tanah)."
Tetapi setelah itu saya mendengar suara: "Celaka kamu! Hai pemuda, tidakkah kamu malu kepada Allah yang akan membalas perbuatan kamu kelak? Apabila masanya setiap orang zalim akan dituntut oleh orang yang dianiayainya. Kau biarkan aku dalam keadaan telanjang dan engkau hadapkan aku di hadapan Allah dalam keadaan junub."
Setelah mendengar keterangan pemuda itu, Nabi s.a.w bangkit dalam keadaan marah sambil berkata:
"Hai orang fasik! Alangkah layaknya engkau masuk neraka, keluar!"
Pemuda itu pun keluar dalam keadaan teramat sedih dan bertaubat kepada Allah selama 40 hari. Dan pada malam ke 40 ia melihat ke langit sambil berdoa:
"Ya Tuhan Nabi Muhammad, Nabi Adam dan ibu Hawa.. Jika engkau telah mengampunkan dosaku, maka beritahulah kepada Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabatnya. Jika engkau tidak terima, kirimlah api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini. Selamatkanlah aku dari seksaan akhirat."
Maka turunlah ketua malaikat yang merupakan sahabat Nabi(Jibrail) kepada Rasulullah s.a.w. Sesudah memberi salam, Jibrail berkata: "Ya Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu."
Nabi: "Dia lah as-Salam dan daripada-Nya keselamatan."
Jibrail: "Allah bertanya kepadamu, apakah engkau menjadikan makhluk?"
Nabi: " Allah memjadikan ku dan semua makhluk."
Jibrail: "Allah menanyakan, apakah engkau yang memberikan rezeki kepada mereka?"
Nabi: "Allah yang memberikan rezeki kepadaku dan kepada mereka."
Jibrail: "Allah bertanya lagi, apakah engkau yang memberikan ampunan kepada mereka?"
Nabi: "Allah berfiman: Maafkan hamba-Ku kerana Aku telahpun mengampuninya."
Nabi s.a.w segera menemui pemuda itu dan memberitahu berita gembira bahawa Allah telah mengampuni dan memaafkannya.