Sunday, 18 December 2011

Takut Terkena Penyakit Sombong


Suatu hari Rasulullah s.a.w sedang berada di dalam majlis ilmu yang dihadiri oleh pelbagai lapiasan masyarakat.Dan datanglah seorang fakir misikn yang memakai pakaian compang-camping dan kelihatan kurang cantik kerana kemiskinannya. Setelah melihat salah satu saf ada satu tempat kosong maka dia terus pergi ke situ dan terus duduk di sebelah seorang yang kaya. Tiba-tiba si kaya tadi berpindah ke tempat yang lain yang agak jauh daripada si miskin itu tadi. Nabi s.a.w memerhatikan semua itu dan bertanyakan kepada si kaya:

"Apakah kamu khuatir kefakirannya akan berpindah kepada kamu?"

"Tidak wahai Rasulullah."

"Atau,apakah kamu khuatir kekayaanmu akan berpindah kepadanya?"

"Juga tidak wahai Rasulullah."

"Apakah kamu khuatir pakaianmu kotor kerananya?"

"Tidak wahai Rasulullah"

Setelah si kaya terur menerus menjawab tidak. Rasulullah bertanya:

"Kalau begitu mengapa kamu mengelak daripadanya?"

Si lelaki itu terdiam dan merasa dirinya telah menyinggung perasaan saudara seagamanya.Maka dia berkata:

"Wahai Rasulullah saya mengaku salah dan silap. Oleh itu saya bersedia memberikan sebahagian dari harta saya kepadanya sebagai penebus dosa."

Akan tetapi si miskin menjawab dengan tegas: "Aku tidak mahu menerima harta daripadanya."

"Mengapa?"tanya si kaya.

"Aku takut."

"Takut? Takut apa?"

"Aku takut suatu hari nanti aku terkena penyakit berbangga diri dan bersikap merendahkan saudara seagamaku seperti engkau bersikap sombomg dan memandang rendah kepadaku hari ini."jawab si miskin.

Menyesallah si kaya tadi dengan sikapnya sendiri.

No comments:

Post a Comment