Hari ini keputusan PMR 2011 diumumkan. Ramai yang menangis apabila mendapat sehelai kertas/slip yang menjadi bukti perjuangan mereka hari ini. Samada tangisan mereka merupakan tanda kesedihan atau kegembiraan. Ibu bapa pula mula banyak pertanyaan daripada jiran dan kawan-kawan mengenai keputusaan anak mereka.
Tetapi walau apa pun keputusannya, kejayaan sebenar kita bukanlah terletak kepada keputusan itu, tetapi kejayaan sebenar kita adalah hasil usaha kita selama ini. Mungkin ada yang tidak mendapat ‘straight A ‘ tetapi itulah hasilnya kerana mungkin keputusan sebelum ini lebih rendah daripada keputusan sekarang. Usahlah sedih dengan keputusan sekarang, yang penting untuk dua tahun akan datang ini kita mesti buat yang terbaik kerana itulah PEPERIKSAAN SEBENAR untuk setiap pelajar.
Bagi yang telah berjaya mendapat ‘straight A’ , tahniah kepada anda semua. Kejayaan anda bukan atas kejayaan mendapat ‘straight A’ tetapi kejayaan anda yang sebenar adalah dapat membuatkan hati ibu dan bapa gembira dan berjaya membuktikan kepada mereka bahawa segala penat lelah mereka mencari rezeki untuk membiayai pembelajaran anak mereka membuahkan hasil. Bagi setiap ibu bapa, kejayaan anak-anak merekalah membuatkan mereka amat gembira dan berbangga.

Ingatlah!!! Belajar itu adalah ibadah . Sepanjang masa anda belajar, tidak kiralah samada belajar di sekolah atau tuisyen mahupun mengulangkaji di rumah sepanjang itulah anda mendapat pahala. Bayangkan berapa banyakkah pahala kita selama ini. Tetapi kita tidak sedar sehingga menjadi malas untuk belajar.
Perkara yang lepas biarkan berlalu, yang penting jangan ulang kesilapan yang lalu. Adakah kita ingin keputusan SPM kita seperti keputusan PMR? Saya pasti anda tidak mahu, oleh itu ubahlah cara belajar anda, cara menguruskan masa anda dan cara anda menghormati guru anda.
SEMOGA ANDA BERJAYA
SEMOGA ANDA BERJAYA
No comments:
Post a Comment