Monday, 26 December 2011

Penzina dan Bunuh Anak, Adakah Ada Jalan Taubat?


Banyak kes sekarang mengenai kes buang bayi, boleh dikatakan saban hari di media massa menyiarkan bayi anak tidak sah taraf dibuang. Sejenak kita berfikir, adakah sekiranya mereka bertaubat Allah akan menerima taubat mereka? Kisah ini memberikan jawapannya...

Abul-Laits al-Samarqandi pernah meriwayatkan dengan ssanadnya daripada Abu Hurairah r.a yang menceritakan:

Pada suatu malam selepas solat bersama Rasulullah s.a.w saya keluar lalu saya berjumpa seorang wanita berdiri di tengah jalan, lantas berkata: "Hai Abu Hurairah! Saya telah berbuat dosa yang sangat besar."


Abu Hurairah: "Apakah dosa yang engkau lakukan?"

"Saya berzina dan saya mendapat anak, lalu saya membunuhnya."






"Celaka dan binasa engkau."

Perempuan itu terus menangis, menjerit dan pengsan.Dan Abu Hurairah meninggalkan perempuan itu tetapi timbul perasaan dalam hatinya , terlalu berani memberi fatwa padahal Rasulullah masih hidaup.

Pada suatu hari Abu Hurairah pergi ke rumah Rasulullah dan bercerita......

Rasulullah s.a.w: "Demi Allah, hai Abu Hurairah! Engkau yang binasa dan membinasakan, dari manakah engkau mengambil dalil!"
Abu Hurairah: "Dari firman Allah yang bermaksud: Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah, membunuh jiwa yang diharamkan Allah, membunuh kecuali dengan alasan yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian, nescaya dia mendapat pembalasan dosanya"

Rasulullah membacakan ayat seterusnya yang bermaksud:

"Kecuali orang yang telah bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh, maka kejahatan mereka itu diggantikan dengan kebaikan. Dan Allah maha Pengampun lagi maha Penyanyang"
Lalu Abu Hurairah keluar dengan rasa bersalah untuk mencari wanita tersebut. Setelah bertemu, Abu Hurairah menjelaskan apa yang telah disabdakan Nabi s.a.w bahawa ada baginya jalan taubat.

Perempuan itu terasa tenang dengan tarikan nafas panjang dan lega dengan berkata;
"hai Abu Hurairah! Saya mempunyai sebidang kebun dan sekarang saya sedekahkan kebun itu untuk orang miskin."

Wednesday, 21 December 2011

Kejayaan Yang Sebenar


Hari ini keputusan PMR 2011 diumumkan. Ramai yang menangis apabila mendapat sehelai kertas/slip yang menjadi bukti perjuangan mereka hari ini. Samada tangisan mereka merupakan tanda kesedihan atau kegembiraan. Ibu bapa pula mula banyak pertanyaan daripada jiran dan kawan-kawan mengenai keputusaan anak mereka. 
Tetapi walau apa pun keputusannya, kejayaan sebenar kita bukanlah terletak kepada keputusan itu, tetapi kejayaan sebenar kita adalah hasil usaha kita selama ini. Mungkin ada yang tidak mendapat ‘straight A ‘ tetapi itulah hasilnya kerana mungkin keputusan sebelum ini lebih rendah daripada keputusan sekarang. Usahlah sedih dengan keputusan sekarang, yang penting untuk dua tahun akan datang ini kita mesti buat yang terbaik kerana itulah PEPERIKSAAN SEBENAR  untuk setiap pelajar.

Bagi yang telah berjaya mendapat  ‘straight A’ , tahniah kepada anda semua. Kejayaan anda bukan atas kejayaan mendapat ‘straight A’ tetapi kejayaan anda yang sebenar adalah dapat membuatkan hati ibu dan bapa gembira dan berjaya membuktikan kepada mereka bahawa segala penat lelah mereka mencari rezeki  untuk  membiayai pembelajaran anak mereka membuahkan hasil. Bagi setiap ibu bapa, kejayaan anak-anak merekalah membuatkan mereka amat gembira dan berbangga.
Ingatlah!!! Belajar itu adalah ibadah . Sepanjang masa anda belajar, tidak kiralah samada belajar di sekolah atau tuisyen mahupun mengulangkaji di rumah sepanjang itulah anda mendapat pahala. Bayangkan berapa banyakkah pahala kita selama ini. Tetapi kita tidak sedar sehingga menjadi malas untuk belajar.
Perkara yang lepas biarkan berlalu, yang penting  jangan  ulang kesilapan yang lalu. Adakah kita ingin keputusan SPM kita seperti keputusan PMR? Saya pasti anda tidak mahu, oleh itu ubahlah cara belajar anda, cara menguruskan masa anda dan cara anda menghormati guru anda.
SEMOGA ANDA BERJAYA

Sunday, 18 December 2011

Tidak Ada Masalah Yang Tidak Boleh Diselesaikan


Disebuah kampung hiduplah seorang lelaki tua yang bijaksana. Suatu hari datang seorang pemuda yang dalam keadaan tidak terurus dengan muka yang penuh masalah.Hidup baginya sudah tidak guna untuknya.Tiada keadilan yang menyebelahinya. Dia menceritakan semua masalah kepada orang tua tersebut.Setelah mendengar cerita, orang tua yang bijaksana itu mengambil segelas air dan ditaburkan segemgam brotowali.

Air tersebut diserahkan kepada pemuda tersebut dan disuruh minum. Setelah pemuda tersebut minum, dia berkata:

"Pahit...sangat pahit!"

Orang tua tersebut tersenyum. Lalu dia membawa pemuda itu berjalan-jalan di hutan sekitar rumahnya. Setelah berjalan agak lama, mereka tiba di tepi telaga. Orang tua itu mengambil segemgam brotowali dan ditaburkan ke dalamnya. Setelah itu dia mengambil air dari telaga itu dan diberikan kepada pemuda tersebut untuk diminum.

"Sekarang, sila minum air telaga ini."

Pemuda itu menuruti apa yang diminta orang tua itu. Ia meminum beberapa teguk air. Selesai minum, orang tua bertanya:

"Bagaiman rasanya?"

"Segar!"jawab pemuda itu.

"Apakah kamu tidak berasa pahitnya brotowali di dalam air itu?"

Lalu orang tua itu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di samping telaga.

"Anak muda, dengarlah nasihatku ini, kesusahan kehidupan yang engkau rasai seperti segemgam brotowali. Jumlah dan rasa pahit itu sama, dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitannya bergantung kepada tempat kita meletakkan segalanya. Di saat engkau merasa masalah, beban, musibah dan bala menimpamu, engkau lapangkanlah dadamu menerima semua itu. Luaskan hatimu untuk menanggung ujian hidupmu. Sebenarnya tidak ada masalah yang tidak boleh diselesai cuma ia bergantung kepada bagaimana hati kita menerima dan menanggungnya. Saat kita rasa kesunyian dan tidak mampu menanggungnya keseorangan,ingatlah Allah sentiasa ada disamping hamba-Nya. Sabar dan tunggu ketika datang pertolongan Allah.Kerna tidak ada perkara yang Allah tidak mampu buat."

Pemuda itu kembali tenang dan menunjukkan wajah yang ceria. Dia beredar dari situ dengan mengucap beribu terima kasih kepada orang tua itu. Dia beredar dengan satu semangat yang akan menempuh segala masalah yang menimpanya dan berjaya dalam hidup untuk menuju akhirat.



Berhala Pendiam


Suatu malam, ayah Abu Bakar as-Siddiq membawanya ke tempat berhala untuk diperkenalkan kepadanya.

"Wahai Abdullah!"kata ayah Abu Bakar

"Apa ayah?"

"Ini tuhan-tuhanmu yang mulia dan tinggi."

Setelah berkata demikian, dia pergi meninggalkan Abu Bakar(Abdullah) bersendirian dengan berhala-hala tersebut. Abu Bakar seorang yang cerdik. Dia sedar bahawa berhala tidak memberi manfaat kepadanya, lalu dia mendekati berhala tersebut untuk membuktikan kebenaran fikirannya.

"Wahai berhala!Aku lapar, sila berikan aku makanan!"

Akan tetapi berhala tetap diamdan tidak bergerak sedikitpun.

"Wahai berhala!Aku tidak mempunyai pakaian. Sila berikan aku pakaian."minta Abu Bakar.

Si berhala tetap diam dan tidak menyahut permintaan Abu Bakar. Hal ini menyebabkan Abu Bakar marah dan mengambil seketul batu besar dan dia hempapkan ke atas berhala sehingga hancur.Dengan itu, yakinlah Abu Bakar bahawa setiap berhala tidak dapat memberikan apa-apa.

Abu Bakar sahabat yang tekenal dengan keimanannya yang amat kukuh. Beliau juga merupakan 10 sahabat yang dijanjikan syurga sebelum meninggal. Selain itu beliau merupakan khalifah pertama pemimpin umat islam selepas Rasulullah mangkat. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Jika ditimbang iman Abu Bakan Al-Siddiq dengan iman sekelian ummat maka berat lagi iman Abu Bakar"


Tidak inginkah kita menjadi seperti Abu Bakar yang sangat disanyangi Rasulullah.Nabi s.a.w pernah bersabda ketika ditanya oleh sahabat Rasulullah Amru:

"Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayangi? 

Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dan kalau laki-laki adalah bapanya. "

JOm TiNgkaTkaN ImaN KiTa . . .

Takut Terkena Penyakit Sombong


Suatu hari Rasulullah s.a.w sedang berada di dalam majlis ilmu yang dihadiri oleh pelbagai lapiasan masyarakat.Dan datanglah seorang fakir misikn yang memakai pakaian compang-camping dan kelihatan kurang cantik kerana kemiskinannya. Setelah melihat salah satu saf ada satu tempat kosong maka dia terus pergi ke situ dan terus duduk di sebelah seorang yang kaya. Tiba-tiba si kaya tadi berpindah ke tempat yang lain yang agak jauh daripada si miskin itu tadi. Nabi s.a.w memerhatikan semua itu dan bertanyakan kepada si kaya:

"Apakah kamu khuatir kefakirannya akan berpindah kepada kamu?"

"Tidak wahai Rasulullah."

"Atau,apakah kamu khuatir kekayaanmu akan berpindah kepadanya?"

"Juga tidak wahai Rasulullah."

"Apakah kamu khuatir pakaianmu kotor kerananya?"

"Tidak wahai Rasulullah"

Setelah si kaya terur menerus menjawab tidak. Rasulullah bertanya:

"Kalau begitu mengapa kamu mengelak daripadanya?"

Si lelaki itu terdiam dan merasa dirinya telah menyinggung perasaan saudara seagamanya.Maka dia berkata:

"Wahai Rasulullah saya mengaku salah dan silap. Oleh itu saya bersedia memberikan sebahagian dari harta saya kepadanya sebagai penebus dosa."

Akan tetapi si miskin menjawab dengan tegas: "Aku tidak mahu menerima harta daripadanya."

"Mengapa?"tanya si kaya.

"Aku takut."

"Takut? Takut apa?"

"Aku takut suatu hari nanti aku terkena penyakit berbangga diri dan bersikap merendahkan saudara seagamaku seperti engkau bersikap sombomg dan memandang rendah kepadaku hari ini."jawab si miskin.

Menyesallah si kaya tadi dengan sikapnya sendiri.

Saturday, 17 December 2011

Dimana Letaknya Cinta Kita


Semua orang ada perasaan cinta bahkan akan apabila seseorang itu tidak mempunyai perasaan cinta,dia boleh diaggap tidak normal.Kerana itu cinta disebut sebagai FITRAH.Cinta itu terbahagi kepada tiga:

1)Cinta Agung-Cinta kepada Allah
2)Cinta tengah-Cinta yang disandarkan kepada Allah
3)Cinta bawahan-Cinta atas kehendak hawa nafsu

Jadi di manakah kita letakkan cinta kita yang merupakan hadiah daripada Allah.Cinta yang Allah hadiahkan kepada hamba-Nya untuk kembali mencintai-Nya dan saling bercinta kerana Allah.Walaupun begitu, cinta remaja zaman sekarang yang dizahirkan dengan budaya COUPLE lebih membawa kepada kesan negatif. Apabila mereka ditanya mengapa couple,pasti mereka menjawab, 'Saja suka-suka' , 'Nak isi masa lapang' , 'Baru semangat nak pergi sekolah' , 'saya perlukan teman untuk luahkan masalah' dan pelbagai lagi jawapan yang tidak rasional.
Soalannya, adakah cara bercinta sebegini di redhai Allah? Atau cinta yang sebegini adalah hanya seperti haiwan?Al-Farabi pernah berkata:

"Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan nafsu semata,sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Allah untuk HAIWAN"

dan firman Allah taala kepada manusia yang tidak mahu menggunakan nikmat Allah ke arah keimanan:

"mereka itu seperti haiwan ternakan,bahkan lebih lagi"(al-'Araf 179)

Salahkah untuk bercinta??

Sebenarnya bukan bercinta yang salah tetapi cara kita menyalurkan cinta yang salah.Bercinta zaman sekarang lebih sinonim dengan budaya couple. Ketika bercouple, pelbagai maksiat yang bakal dilakukan kerana budaya couple lebih terkenal dengan Kem Tambah Dosa(KTD).Apabila hal ini terjadi, fitrah menjadi fitnah dan nikmat menjadi azab.



Nak bercinta boleh??

Untuk bercinta, kita mesti berperaturan. Mengapa cinta berperlu peraturan? Jawabnya kerana Allah cinta kepada hamba-Nya.Allah ingin menyelamatkan hamba-Nya daripada 'cinta terlarang' iaitu cinta yang penuh dengan maksiat dan kemurkaan Allah.Cinta yang suci perlu dipelihara dan dilindungi supaya dapat dibawa bertemu Illahi.Ketika itu fitrah akan menjadi anugerah.

Ketika bercinta, cinta itu mestilah disandarkan kepada Allah, iaitu niat untuk mendirikan masjid dan mengharapkan keredaan-Nya.Dan apabila cinta kita disandarkan kepada Allah, maka segala hukum Allah kita tidak langgar walau apa pun alasannya.Setiap remaja pasti mengeluh, "Cinta apa namanya tanpa DATING, BERBUAL, SURAT CINTA, SMS ROMANTIK, SENTUHAN, dan SENYUMAN."
Ya, itulah keluhan remaja kita.Tetapi itulah peraturannya supaya manusia tidak terjatuh ke lembah maksiat. Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar peratutan Allah.Ingatlah firman Allah:

"Sesungguhnya hawa nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan"(Yusuf: 53)

Cinta vs CINTA

Cintailah kepada yang mencintai.Mengadulah pada yang sayang, merajuklah pada kasih.Siapakah itu?? Jawabnya Allah.Mengapa kita mengabaikan CINTA Allah?Sedangkan cinta Allah pasti tidak mengecewakan.Dalam hadis Qudsi,Allah berfirman:

"Jika kamu datang kepada-Ku berjalan, nescaya Aku datang kepadamu berlari.Jika kamu datang kepada-Ku selangkah, Aku akan datang menghampirimu seribu langkah."

Apabila kita benar-benar cinta kepada Allah, Allah akan membalasnya dengan perkara yang tidak terhingga. Tidak perlu mencari cinta manusia kerana setelah manusia mencintai Allah, Allah akan temukan jodoh yang terbaik untuknya.

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Manakala lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"(an-Nur 26)

Tetapi adakah kita benar-benar mencintai Allah selagi kita mencintai orang lain lebih daripada cinta kita kepada Allah. Oleh itu, sebaiknya jauhilah budaya couple walaupun ada beberapa golongan manusia yang mendakwa mereka Islamic Couple.Mungkin mereka tidak dating, sentuh-sentuh tangan, berbual dalam telefon, atau bermain mata tetapi adakah mereka tidak bermesej dan tidak berzina hati(merindui kekasih).Ketika rindu mula berbisik, hati mula tersempit, nafsu mula menjerit. Ketika itu zina-zina kecil mudah dilakukan dan akhirnya membawa kepada zina besar.

Amat jelas bahawa couple lebih mendorong kepada maksiat.Jauhilah couple kerana pasti Allah akan menggantikan yang lebih baik.Yakinlah dengan janji Allah kerana bermulanya iman dengan yakin kepada Allah.Rasulullah s.a.w bersabda:

"Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram(kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal."



Konsep islam bukanlah menghalang tetapi memberi alternatif lain yang membawa kebaikan. Bercintalah setelah kahwin kerana di situ anda akan temui cinta yang sebenar.

Di saat Allah haramkan couple tetapi Allah halalkan bertunang,
Di saat Allah haramkan zina tetapi Allah halalkan berkahwin,
Di saat Allah haramkan riba tetapi Allah halalkan jual beli,
Di saat Allah haramkan arak tetapi Allah halalkan minuman lain.
Wallahu'alam

Friday, 16 December 2011

Temui Jalan Keluar Dari Masalah


Masalah . . . Kita selalunya lupa datangnya masalah adalah dengan izin Allah,sehingga apabila datangnya masalah kita sering menyalahkan orang sekeliling. Sebenarnya apabila masalah itu datang dari manusia,seharusnya kita fikir yang mengizinkan manusia buat masalah itu adalah Allah. Allah tidak melakukan perkara sia-sia melainkan masalah itu ada hikmahnya. Terdapat beberapa hikmah yang perlu diambil oleh kita semua.

1)Untuk mengampunkan dosa hamba-Nya
2)Menyedarkan kesalahan hamba-Nya
3)Menambah pahala
4)Meningkatkan iman dan darjat
5)Memantangkan fikiran dll

Sebenarnya masalah adalah pengindah kehidupan. Apabila masalah menimpa, berfikir positiflah.Think out of the box. Sekiranya kita terus menerus berfikir perkara negatif, kita akan semakin beban dengan masalah kita. Ingatlah ketika kita menghadapi masalah,kita mesti kuat.Kerana Rasulullah s.a.w bersabda dari Abu Hurairah:

"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah."

Tengok, Allah mencintai hamba yang  kuat menghadapi ujian-Nya.Kerana setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya.Sebenarnya ujian Allah adalah cara Allah berkomunikasi dengan kita.Kerana ketika itu Allah sedang berbicara mengenai SABAR, TAQWA, TAWAKAL DLL.Cuma kekadang kita buta, bukan kerana mata yang buta tetapi hati yang buta melihat maksud Allah dari setiap sesuatu yang berlaku. Allah tidak menjadikan sesuatu itu melainkan ada manfaat daripadanya. Nabi s.a.w bersabda:

"Dan dalam setiap sesuatu pasti ada baiknya.Bersemangatlah mencari hal yang bermanfaat bagimu, mohonlah perlindungan kepada Allah, dan janganlah mudah menyerah"

Ujian atau masalah yang Allah berikan adalah untuk menguji hamba-Nya yang ketika menghadapi masalah adakah mereka mencari Allah,mengadu kepada Allah,memohon kepada Allah. Tetapi manusia zaman kini apabila ada masalah,mereka mencari kekasih, mengadu kepada ibu bapa tetapi lupa kepada Allah.Lihatlah Kekasih Allah s.a.w bersabda:

"Jika terjadi sesuatu kepadamu jangan kau katakan, 'Kalaulah aku melakukan begini, mesti akan jadi begini.'Tetapi katakanlah, 'Allah telah menentukan sesuatu, dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan berlaku."

Janganlah kita terasa berat menanggung masalah kerana masalah atau bebanan yang ditanggung para sahabat pada zaman permulaan Islam lebih dasyat dan berat.Sepatutnya kita gembira apabila masalah menimpa,kerana itu peluang kita menambah pahala.Ramai orang-orang bukan Islam yang kita lihat mereka hidup bahagia,mewah dan tenang tanpa masalah.Tetapi ingat satu nasihat indah, Dunia adalah penjara bagi orang Islam dan syurga bagi orang kafir.

Ketika kita menghadapi masalah, ingatlah kalimah cinta daripada Allah:

"Apakah manusia fikir bahawa mereka akan dibiarkan saja mengakui dirinya beriman sedang mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta"(al-Ankabut 2-3)

"Allah tidak membebani sesuatu kaum kecuali sesuai dengan kemampuannya"(al-Baqarah 286)

Sabarlah menghadapi ujian kerana kesabaran rahsia kejayaan dakwah para nabi.Setelah ujian dan masalah menimpa,pasti ada Allah berikan hadiahnya kepada kita samada dalam bentuk rezeki di dunia mahupun nikmat di akhirat.

"...dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'un(sesungguhnya kami hanya milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali).Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."(al-Baqarah 155-157)

Merenung Sejenak...!


Saat anda menangis sambil berkata: "Mengapa Allah bebankan aku seperti ini??"

Katakan kepada diri anda: "Kerana Allah Maha Tahu bahawa kamu akan tumbuh menjadi orang yang lebih kuat menghadapi ujian."

Saat anda mengeluh sambil berkata: "Mengapa masalah tidak henti-henti menimpa aku???"

Katakan kepada diri anda: "Kerana Allah mendidik ku dengan cara ini. Bertahanlah! dan tunggu saat datangnya pertolongan Allah"